Sebuah kumpulan kewangan berpengaruh, UBS Investment Research, menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa hampir 50 peratus
Kedudukan kewangan negara yang sedia goyah dijangka bertambah parah berikutan beberapa serangan terhadap rumah ibadat yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Umno/BN. Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang.
UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional "amat luar biasa" memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.
"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu - UBS Investment Research.
Agak menakutkan bila baca laporan ini. Biasanya economic cycle adalah setiap 10 tahun. Namun Malaysia nampaknya masih belum pulih daripada kemelesetan ekonomi 10 tahun yang lepas malah semakin kronik. Harap kita semua bersedia menghadapi kemungkinan terburuk.
Klik Di Sini Untuk Pendaftaran Kuasa100.com / InfinityDownline.com!!


No comments:
Post a Comment